siapa yang tak kenal Power Rangers?
Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siri Super Sentai.
Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan
produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan
dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan
kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program
buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun,
kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau
"Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.
Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers,
mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran
saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling
popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang
dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.
Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari
tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002.
Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002,
tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.
Power Rangers Secara Am
Seorang Power Ranger ialah individu yang bertukar ("morph") daripada keadaan biasa kepada hero berkuasa tinggi dengan kostum berwarna, biasanya diperbuat daripada spandex dan helmet berkaca hitam (visor). Helmet biasanya digunakan untuk menjaga identiti rahsia seseorang.
Seorang Ranger yang lengkap bertukar kebiasaanya memiliki keupayaan,
kekuatan dan kelebihan berlawan lebih hebat daripada biasa. Ranger yang
tidak bertukar mungkin memiliki keupayaan kendiri seperti telekinesis,
kelajuan, halimunan dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan kuasa
Ranger yang dimiliki.
Power Rangers kelihatan biasa di sebalik sut mereka dalam bentuk
Ranger atas sebab helmet mereka dibuka atau rosak dalam beberapa
kejadian yang menonjolkan keadaan semula jadi mereka. Kecuali helmet,
sut Ranger ini dipakaikan atau dilenyapkan dengan cahaya terang atau
efek khas lain. Kadangkala, para Ranger bertukar semula ke bentuk asal
secara tidak langsung (de-morph) disebabkan serangan kuat yang dialami.
Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan
penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga
spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan
biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau
putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger
Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan.
Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu
pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada
(pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua
Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).
Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor)
atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai
tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan.
Ketetapan warna Ranger dilihat mempengaruhi gaya serta pemakaian
pakaian biasa para Ranger dalam keadaan biasa di sepanjang siri, dimana
warna pakaian mereka sepadan dengan warna Ranger mereka.
Susunan plot
Episod Power Rangers yang biasa boleh dipecahkan kepada sebuah plot yang komprehensif:
- Para Ranger dilihat menjalani kehidupan seharian dengan kejadian yang harus diselesaikan.
- Para Ranger diserang askar-askar penjenayah.
- Para Ranger berlawan menentang askar-askar penjenayah.
- Para Ranger bertukar.
- Para Ranger mengalahkan askar-askar penjenayah.
- Musuh jahat menguatkan tentera dan menjadikannya raksasa, diikuti
dengan para Ranger memanggil robot-robot mereka (Zords) atau gabungan
robot, Megazord.
- Pilihan: Para Ranger mendapati kuasa mereka tidak cukup untuk menewaskan musuh dan menemui sumber kuasa baru, atau Ranger keenam.
- Pilihan: Para Ranger mencari atau mendapat Zord baru, Megazord baru atau Ultrazord.
- Pilihan: Rakan-rakan muncul memberi bantuan.
- Para Ranger berlawan dan menewaskan raksasa.
- Para Ranger dilihat kembali seperti sediakala setelah mempelajari kesilapan yang telah mereka selesaikan.
Elemen-elemen dalam setiap musim Power Rangers
- Power Rangers tidak dibenarkan mengguna kuasa mereka untuk kepentingan peribadi atau untuk mencetuskan pergaduhan.
- Power Rangers tidak akan menghancurkan raksasa kecil dengan Megazord sewenang-wenangnya.
- Power Rangers tidak dibenar mendedahkan identiti sebenar mereka (pengecualian berlaku dalam siri Power Rangers: Lightspeed Rescue, Power Rangers: S.P.D. dan Power Rangers: Operation Overdrive di mana mereka adalah pegawai awam seperti polis dan sebagainya).
- Senjata para Ranger diseragamkan seperti pistol laser atau pedang.
- Setiap Ranger juga dibekalkan set senjata yang boleh digabungkan untuk membentuk senjata yang lebih besar.
- Seorang atau lebih Ranger diberikan sebuah motorsikal untuk kegunaan jarak jauh.
- Setiap Ranger mempunyai dan memandu Zord masing-masing.
- Ranger merah biasanya diberikan kuasa/senjata tambahan seperti Battlizer.
- Kemunculan Ranger keenam pada pertengahan siri, atau penambahan ranger-ranger lain.
- Senjata dan Zords biasanya musnah pada penghujung musim, digunakan dengan kuasa penuh untuk menewaskan musuh utama.
- Kuasa Ranger juga musnah, disimpan atau ditinggalkan pada pengakhiran musim; walaupun sesetengahnya ada untuk kegunaan masa depan.
Siri-siri Power Rangers selepas Power Rangers: In Space
memaparkan jalan cerita yang berlainan antara satu sama lain. Terdapat
gabungan dua pasukan Power Rangers menentang kuasa kejahatan, di mana
gabungan paling hebat setakat ini ialah gabungan 10 Ranger Merah dalam
siri Power Rangers: Wild Force(episod Forever Red).
Kepelbagaian dalam setiap siri
Perbezaan siri Power Ranger dan warna mereka ditentukan dalam setiap
aspek bergantung kepada kesesuaian tema siri dan juga gambaran sebenar
daripada siri Super Sentai). Beberapa pertukaran dan kepelbagaian dalam
siri ini adalah:
- Tema rekaan tahunan, sama ada diterapkan dalam siri atau tidak.
- Bilangan Ranger pada permulaan dan pengakhiran siri.
- Warna Ranger yang lain daripada warna asas, jika ada.
- Jantina Ranger Kuning dan Biru.
- Bilangan Ranger perempuan dan nisbah perbandingan dengan Ranger lelaki.
- Susunan hirarki pasukan, penentuan Ranger mana menjadi ketua.
- Cara penggunaan alat pertukaran (morpher) dan panggilan bertukar (morphing call).
- Keanggotaan pasukan Ranger sebelum dan semasa siri berlangsung.
- Kehadiran seorang mentor dan markas.
- Hubungan satu atau lebih Ranger dengan musuh atau Ranger lain.
- Sumber kuasa Ranger sama ada magis, teknologi atau kedua-duanya.